Serangan Panik (panic attack)
Serangan panik selalunya bermula secara tiba-tiba tanpa amaran atau punca dalam apa jua keadaan. Gejala akan semakin merosot sehingga tahap yang teruk dalam tempoh yang cepat dan lama. Kebanyakan serangan panik akan berterusan antara 5 dan 20 minit atau lebih lama. Semasa serangan panik, perubahan fizikal yang berlaku secara tiba-tiba sering dikaitkan dengan pemikiran bahawa anda sedang menghadapi maut, serangan jantung, strok atau hilang kewarasan.
Anda akan berasa penat dan lelah setelah tamatnya serangan panik. Serangan panik adalah amat menakutkan dan mengganggu.
Antara gejala serangan panik termasuk:
-Degupan jantung yang laju dan kuat
-Rasa mahu pengsan
-Berpeluh
-Loya
-Sakit dada, perut, kepala
-Sesak nafas
-Menggeletar, menggigil
-Kepanasan
-Anggota badan yang goyah
-Rasa tercekik
-Pening
-Kebas pada anggota badan
-Mulut kering
-Perasaan takut yang kuat atau hampir mati
-Rasa seperti anda tidak berada dalam realiti dengan badan anda
Perasaan Ketakutan
Disebabkan pengalaman menghadapi serangan panik, individu akan mengalami kebimbangan dan ketakutan yang kuat dan berpanjangan apabila memikirkan tentang serang panik dan bila ia akan datang semula.
Gangguan Tingkahlaku
Perubahan tingkahlaku kerap berlaku dan sering berkaitan dengan serangan panik samada bagi menggelakkan serangan panik, cubaan mengawal serangan panik seperti mendapatkan rawatan di kecemasan berulang-kali, tidak keluar berseorangan, tidak melakukan senaman dan lain-lain lagi.