Perubatan
Dadah narkotik digunakan dalam bidang perubatan untuk rawatan:
-Rawatan kesakitan akut yang teruk, jangka masa pendek
-Kesakitan disebabkan kanser
-Bius
-Batuk
Penggunaan dadah narkotik untuk perubatan merupakan penggunaan dalam kawalan dan memerlukan preskripsi doktor.
Kesan yang tidak diingini
-Euphoria
-Retensi urine / air kencing
-Sembelit
-Kemurungan pernafasan / kerencatan pernafasan
-Loya dan muntah-muntah
-Melambatkan kadar jantung
-Ketagihan
-Risiko penyakit berjangkit
-Penagih yang menggunakan kaedah pengambilan secara injeksi intravenous dan berkongsi jarum adalah terdedah kepada risiko penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis.
-Penyakit berjangkit juga boleh berlaku dikalangan penagih disebabkan masalah sosial seperti seks bebas dan tidak selamat.
Ketagihan
Ketagihan merupakan antara kesan yang tidak diingini dan sering berlaku sekiranya berlaku penyalahgunaan. Gejala utama yang menunjukkan seseorang itu mempunyai ketagihan terhadap dadah narkotik / opioid ialah keinginan yang amat kuat untuk mengambil dadah ini, menunjukkan simptom tarikan jika tidak mengambil dadah dan kekal mengambil dadah ini walaupun memberikan implikasi yang buruk terhadap pengguna.
MABUK / INTOXICATION
Pengguna dadah narkotik / opioid akan mengalami tanda mabuk sebaik sahaja mengambil dadah seperti mengantuk, pertuturan yang kurang jelas, kurang perhatian dan ingatan, perasaan euforia (kegembiraan dan keseronokan) dan hilang kesakitan.
Dadah ini juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah, mengurangkan kadar denyutan jantung, dan kesukaran bernafas. Dalam keadaan pengambilan dadah ini yang berlebihan, fungsi pernafasan dan sistem saraf akan terganggu dan boleh menyebabkan kematian.
PENARIKAN / WITHDRAWAL
Apabila anda pengalami ketagihan terhadap dadah narkotik / opioid, badan anda akan mula menunjukkan simptom penarikan jika anda kekal tidak mengambil dadah ini. Simptom penarikan atau withdrawal boleh bermula seawal 4 jam selepas penggunaan terakhir dadah ini dan terus merosot sehingga hampir satu minggu sekiranya terus berhenti pengambilannya. Antara simptom penarikan termasuklah:
-Sakit badan, perut yang kuat
-Mata dan hidung berair
-Kekejangan otot badan, menggigil
-Muntah dan loya
-Cirit-birit
-Hilang selera makan
-Kegelisahan
-Peningkatan denyutan jantung
-Insomnia
-Sering menguap
-Tekanan
-Keinginan untuk mengambil dadah yang tinggi