Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Penagihan

Penagihan merupakan satu isu ancaman global sejak berdekad yang lalu. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah ahli keluarga serta komuniti sekeliling juga terkesan.

Penagihan merujuk kepada kebergantungan dan sebarang tingkahlaku yang dilakukan berulang kali untuk mendapatkan dadah atau menjalankan aktiviti yang tidak sihat walaupun perkara tersebut mendatangkan kemudaratan. 

Seseorang individu dikatakan mengalami masalah ketagihan kepada dadah apabila penggunaan dadah itu menyebabkan gangguan yang signifikan kepada kesihatan dan fungsi psikososial individu tersebut, keluarga dan komuniti.

 

APAKAH JENIS-JENIS DADAH YANG BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN?

  • Alkohol
  • Nikotin (rokok)
  • Kanabis (ganja)
  • Opiate (heroin / morphine)
  • Benzodiazepine 
  • Amphetamine type stimulants (amphetamine / methamphetamine)
  • Hallucinogens (kokain / LSD / ketamine)
Punca Penagihan
 

BIOLOGI

Genetik:

-Mempunyai sejarah keluarga dengan masalah penagihan dadah 

Jantina:

-Golongan lelaki lebih kerap mengalami masalah penagihan

Penyakit mental seperti kecelaruan emosi, kebimbangan yang melampau, ADHD, OCD dan lain-lain

 

PSIKOSOSIAL

-Masalah personaliti

-Respons terhadap tekanan

-Pengaruh rakan sebaya

-Taraf sosioekonomi yang rendah

-Tiada pekerjaan

-Kejadian buruk semasa tumbesaran

    -Trauma

    -Penderaan

    -Pengabaian 

    -Kegagalan rumahtangga

    -Buli

 

DADAH

Jenis dadah:

-Sebahagian dadah mempunyai kesan penagihan yang lebih kuat dan cepat seperti opiate, kokain, nikotin dan ATS.

Cara pengambilan: 

-dadah yang diambil dengan care injeksi dan inhalasi lebih menagihkan kerana kesan yang cepat dan kuat.

Kesan dadah:

-semasa intoksikasi

-semasa penarikan

Kesan Penagihan

Penagihan boleh meninggalkan kesan yang merbahaya kepada kesihatan mental. Antara masalah kesihatan mental yang boleh berlaku adalah:

   -Agresif

   -Kecelaruan

   -Kemurungan

   -Kegelisahan dan kebimbangan yang teruk

   -Halusinasi

   -Delusi

   -Masalah tidur

 

Gejala-gejala ini boleh berlaku semasa intoksikasi atau fasa penarikan daripada dadah. Penggunaan yang berterusan meningkatkan risiko penyakir psikiatri seperti kemurungan, schizophrenia dan kecelaruan bipolar.

 

Selain daripada itu, individu yang mempunyai masalah mental juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menagih berbanding mereka yang tiada masalah kesihatan mental.

Rujukan
Skip to content