Membuat perubahan yang sihat, seperti makan makanan yang berkhasiat, mengurangkan makanan masin dan bergula, dan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal boleh membantu melegakan beberapa gejala PMDD.
-Terapi tingkah laku kognitif (CBT)
-Pengurusan tekanan, seperti teknik relaksasi dan meluangkan masa untuk aktiviti yang anda gemari juga boleh membantu mengurangkan gejala PMDD.
-Rawatan ubat-ubatan untuk PMDD adalah termasuk:
Antidepresan dipanggil selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs).SSRI mengubah tahap serotonin dalam otak. Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) meluluskan tiga SSRI untuk merawat PMDD:
Sertraline.
Fluoxetine.
Paroxetine HCI
-Pil kawalan kelahiran. FDA telah meluluskan pil kawalan kelahiran yang mengandungi drospirenone dan etiniestradiol untuk merawat PMDD.
-Ubat tahan sakit yang boleh dibeli tanpa preskripsi seperti ibuprofen,naproxen dan aspirin boleh membantu melegakan simptom fizikal, seperti kekejangan, sakit sendi, sakit kepala, sakit pinggang dan bengkak payudara.
Bantuan dan Sokongan
PMDD boleh menjadi cukup serius sehingga segelintir wanita perlu pergi berjumpa doktor. Jika anda mempunyai simptom PMDD,berbincang dengan doktor anda pilihan
rawatan. Jika anda terfikir untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila hubungi 999 atau berjumpa doktor dengan segera.