Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Psikosis

Psikosis adalah salah satu gejala penyakit. Ia adalah suatu keadaan di mana seseorang individu mengalami kecelaruan fikiran yang mengakibatkan mereka tidak dapat membezakan di antara realiti dan fantasi.

 

2 gejala utama psikosis adalah halusinasi dan delusi:

Halusinasi adalah apabila seseorang itu boleh melihat, mendengar, menghidu, atau merasa sesuatu yang orang lain tidak. 

Delusi pula adalah keyakinan yang kuat terhadap sesuatu kepercayaan yang tidak benar. Contohnya seperti kita percaya bahawa diri kita sedang diperhatikan atau terdapat seseorang yang ingin membunuh kita atau juga percaya bahawa diri kita mempunyai kelebihan istimewa berbanding orang lain.

Penyebab Psikosis

Beberapa faktor mungkin memainkan peranan: 

 

-Genetik. Memiliki sejarah keluarga yang menghidap penyakit mental akan meningkatkan risiko berlakunya psikosis.

-Trauma. Kejadian yang memberi trauma kepada seseorang individu seperti kematian, peperangan atau gangguan seksual boleh mengakibatkan psikosis. 

-Pengambilan bahan terlarang seperti dadah atau alkohol antara faktor berlakunya psikosis.

-Sejarah penyakit atau kecederaan seperti ketumbuhan otak, strok, HIV, kecederaan kepala, dan penyakit seperti Parkinson’s, Alzheimer atau dementia kadangkala boleh mengakibatkan psikosis.

-Penyakit mental. Psikosis merupakan antara gejala penyakit seperti schizophrenia, schizoaffective disorder, bipolar disorder atau depression.

Apakah Tanda-Tanda Amaran Jika Seseorang Mengalami Psikosis?

Perubahan tingkah laku dan pemikiran berkemungkinan hanyalah perubahan normal psikologi seseorang tetapi sekiranya perubahan itu mengganggu tugas dan kehidupan seharian, kita hendaklah mendapatkan penilaian dan rawatan doktor. Tanda- tanda tersebut ialah: 

   -Kemerosotan dalam pelajaran atau pekerjaan

   -Kesukaran dalam menumpukan perhatian atau berfikir secara jelas

   -Prasangka terhadap orang lain

   -Mengabaikan kebersihan diri

   -Mengalami perubahan emosi yang drastic dan lebih suka menyendiri

Rujukan

-https://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/psychosis/treatment-andsupport/

-https://nami.org/About-Mental-Illness/Mental-Health-Conditions/Psychosis

-https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/mental-health/psychosis/

-https://rethink.org/advice-and-information/about-mental-illness/learn-more-about-conditions/psychosis/

-https://www.camh.ca/en/health-info/mental-illness-and-addiction-index/psychosis

Skip to content