Page 463 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 463

2. Sistem Penyampaian Perkhidmatan Dietetik

         Sistem Penjagaan Pesakit Dalam

         •   Sistem  penyampaian  perkhidmatan  dietetik  pesakit  dalam  adalah  berdasarkan  rujukan  daripada  pengamal
             perubatan.  Perkhidmatan  ini  diberikan  secara  individu  dan  perkhidmatan  rawatan  susulan  diberikan  mengikut
             keperluan.  Pemberian  diet  normal  dan  diet  teraputik  dibekalkan  kepada  pesakit  di  wad  mengikut  pesanan.
             Pemberian sokongan pemakanan enteral kepada pesakit yang menggunakan tiub akan dilakukan oleh anggota
             kejururawatan mengikut preskripsi oleh Pegawai Dietetik.

         Sistem Penjagaan Pesakit Luar

         •   Sistem penyampaian perkhidmatan dietetik pesakit luar adalah berdasarkan rujukan daripada pengamal perubatan.
             Pesakit  perlu  membawa  dokumen  rujukan  daripada  pengamal  perubatan  hospital  atau  klinik  kerajaan  bagi
             mendapatkan perkhidmatan ini. Caj rawatan akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam Akta Fi.
             Perkhidmatan ini diberikan secara individu atau berkumpulan dan perkhidmatan rawatan susulan akan diberikan
             berdasarkan perkembangan kesihatan mengikut keperluan.
            3. Fungsi Perkhidmatan Sajian

               Perkhidmatan sajian di hospital merupakan satu bidang yang melibatkan beberapa proses kerja yang sistematik.
               Ia merangkumi proses merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrient,tatacara proses
               katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, yang bersesuaian dengan teknologi semasa serta
               kualiti  yang  ditetapkan.  Perkhidmatan  sajian  sentiasa  melaksanakan  sistem  pengurusan  yang  sempurna
               berdasarkan polisi, pekeliling serta arahan yang ditetapkan.



          4. Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sajian

          Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sajian melibatkan beberapa proses serta aliran kerja seperti berikut:

          Pengurusan Perolehan Bahan Makanan

          •   Ia melibatkan urusan perolehan jabatan, bekalan bahan makanan dan perolehan yang merangkumi penyediaan
             spesifikasi serta penilaian teknikal untuk tender dan sebut harga bahan makanan. Selain itu, laporan pembelian
             bulanan,  anggaran  keperluan  kewangan  jabatan,  rekod  pengeluaran  LPO  dalam  Sistem  e-Perolehan  juga
             dilkasanakan oleh Pegawai yang berkenaan.

          Pengurusan Penerimaan Makanan Mentah Basah dan Kering

          •   Pegawai yang terlibat akan membuat verifikasi ke atas penerimaan bekalan bahan makanan mentah basah dan
             kering dengan memastikan kuantitinya mengikut pesanan dan kualitinya mematuhi spesifikasi kontrak serta
             Akta Makanan.

          Pengurusan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan

          •   Setiap anggota perlu memastikan setiap tugasan yang dilakukan adalah mematuhi Garis Panduan HACCP/
             GMP  yang  telah  ditetapkan.Sehubungan  itu  Pegawai  Sajian  akan  sentiasa  melakukan    verifikasi  ke  atas
             pemantauan Critical Control Point(CCP)  di bahagian memasak dan holding. Selain itu, persampelan makanan
             dan bekalan air dilaksanakan mengikut jadual.






                                                                                                           459
   458   459   460   461   462   463   464   465   466   467   468