Hospital Rakan Bayi

 

Hospital Sultanah Nora Ismail adalah Hospital Rakan Bayi.

Hospital Sultanah Nora Ismail telan diiktirafkan sebagai hospital rakan bayi untuk kali pertama oleh WHO/UNICEF pada 14hb Oktober 1996. HSNI merupakan hospital ke -2 di negeri Johor dan hospital ke-4 di Malaysia mendapat pengiktirafan ini. Anggota di HSNI sangat komited dengan melaksana dan memantapkan polisi – polisi hospital rakan bayi sehingga berjaya mengekalkan pengiktirafan hospital rakan bayi sebanyak 8 kali sehingga tahun 2023.

Hospital rakan bayi merupakan hospital yang komited dalam menggalakkan, melindungi dan menyokong penyusuaan susu ibu, selaras dengan inisiatif hsopita rakan bayi ( Baby-Friendly Hospital Initiative- BFHI ) oleh WHO dan UNICEF.

Hospital ini melaksanakan 10 langkah ke arah penyusuan susu ibu berjaya bagi memastikan setiap ibu menerima sokongan penyusuan susu ibu.

 

Dengan ini kami :

  • Menyediakan sebuah persekitaran kondusif yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.
  • Menyediakan perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan bayinya.
  • Melaksanakan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.

 

Dan perkhidmatan yang disediakan :

  • Sesi kaunseling laktasi
  • Sesi kaunseling ibu-ibu yang memerlukan pemerhatian khas.
  • Sesi kaunseling ibu-ibu yang ingin menyusukan anak angkat

 

Aktiviti - Aktivti Hospital Rakan Bayi

 

 

 

HSNI BATU PAHAT 


 Pelawat  

084545
  

Hospital Sultanah Nora Ismail  

Kami adalah hospital kerajaan berlokasi di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Hospital ini memberi khidmat kesihatan kepada seluruh warga Batu Pahat serta mukim terdekatnya.