Hospital Sultanah Nora Ismail adalah Hospital Rakan Bayi.
Hospital Sultanah Nora Ismail telan diiktirafkan sebagai hospital rakan bayi untuk kali pertama oleh WHO/UNICEF pada 14hb Oktober 1996. HSNI merupakan hospital ke -2 di negeri Johor dan hospital ke-4 di Malaysia mendapat pengiktirafan ini. Anggota di HSNI sangat komited dengan melaksana dan memantapkan polisi – polisi hospital rakan bayi sehingga berjaya mengekalkan pengiktirafan hospital rakan bayi sebanyak 8 kali sehingga tahun 2023.
Hospital rakan bayi merupakan hospital yang komited dalam menggalakkan, melindungi dan menyokong penyusuaan susu ibu, selaras dengan inisiatif hsopita rakan bayi ( Baby-Friendly Hospital Initiative- BFHI ) oleh WHO dan UNICEF.
Hospital ini melaksanakan 10 langkah ke arah penyusuan susu ibu berjaya bagi memastikan setiap ibu menerima sokongan penyusuan susu ibu.
Dengan ini kami :
- Menyediakan sebuah persekitaran kondusif yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.
- Menyediakan perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan bayinya.
- Melaksanakan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.
Dan perkhidmatan yang disediakan :
- Sesi kaunseling laktasi
- Sesi kaunseling ibu-ibu yang memerlukan pemerhatian khas.
- Sesi kaunseling ibu-ibu yang ingin menyusukan anak angkat
Aktiviti - Aktivti Hospital Rakan Bayi








