LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM AUTISM AWARENESS DAY 2025

 

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM

AUTISM AWARENESS DAY 2025

JABATAN PEDIATRIK, HSNI. BP

 

BUTIRAN KURSUS

Tarikh  :  7 April 2025

Masa  :  8.00 – 1.00 pm

Tempat  :  Dewan Bistari, HSNI.BP

Anjuran  :  Jabatan Pediatrik HSNI,BP

 

PENCERAMAH :

  1. Dr Teh Mei Fong – pakar pediatrik, HSNI
  2. Dr Ling Shiau Thin – Pakar Psikiatri, HSNI
  3. Puan Norazizah Kadil – Terapi pertuturan, HSNI
  4. Puan Noor Shuhadah Abu Bakar – Terapi carakerja, HSNI
  5. Dr Haiza Hani Hamidon – Pakar Perunding Kanak-kanak, HSNI

 

PESERTA :

Seramai 19 orang pesakit “autism” yang telah disenaraikan untuk hadir menjayakan program. Walaubagaimanapun, hanya 13 orang pesakit yang berjaya menghadiri program pada tarikh yang telah dirancang.

 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

Antara aktiviti yang diadakan semasa program adalah, senaman pagi untuk semua yang hadir termasuk jawatankuasa pelaksana program dan diketuai oleh Jurufisioterapi HSNI, BP. Acara dijalankan secara indoor bagi memastikan keselamatan semua pesakit yang hadir.

Program telah dirasmikan oleh Puan Pengarah Hospital dan diikuti dengan beberapa ceramah oleh penceramah yang telah disenaraikan. Jamuan sarapan dan makan tengahari disediakan secara pek. Majlis bersurai pada jam 1.00pm.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah berupa sijil dan tidal lupa juga kepada pesakit sumbangan duit raya dan cenderahati merupakan sumbangan dari indiviru dalam Jabatan Pediatrik.

Secara kesimpulan program ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana  dari Jabatan Pediatrik kerjasama dan sokongan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini.

 

Gambar Sepanjang Program 

 

 autism1  autism2
autism4 autism5
autism6 autism9

 

 

 

 

 

 

HSNI BATU PAHAT 


 Pelawat  

083439
  

Hospital Sultanah Nora Ismail  

Kami adalah hospital kerajaan berlokasi di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Hospital ini memberi khidmat kesihatan kepada seluruh warga Batu Pahat serta mukim terdekatnya.