Terdapat pelbagai punca berlakunya insomnia. Antara yang kerap menyebabkan insomnia adalah :
Penjagaan rutin tidur yang teruk (poor sleep hygiene)
-Jadual tidur yang tidak teratur
-Persekitaran tempat tidur yang tidak kondusif, bising, terang dan tidak selesa
-Banyak tidur pada siang hari
-Bermain telefon atau menonton televisyen sebelum tidur
Tekanan atau stress
-Tekanan seperti masalah di tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan dan lain-lain boleh menyebabkan gangguan tidur
-Tekanan kebiasaan boleh menyebabkan seseorang itu lebih banyak berfikir dan mudah merasa resah dan gelisah seterusnya sering menyebabkan insomnia
Kerisauan
-Masalah kerisauan gagal mendapatkan tidur yang baik merupakan salah satu punca insomnia berterusan. Mereka akan kerap mengaitkan waktu tidur dengan ketidakbolehan untuk tidur dan ini selalu menyebabkan sistem badan aktif, seterusnya mengganggu keupayaan untuk tidur
Gaya hidup
-Gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga waktu makan, tidak bersenam boleh menyebabkan insomnia
-Ketagihan gadget
Rutin kerja
-Masalah insomnia lebih kerap dilihat pada mereka yang berkerja secara shift dan berkerja pada waktu malam.
-Pengambilan dadah, alkohol dan merokok
-Penyakit mental
-Individu yang menghidapi penyakit kemurungan, skizofrenia, kecelaruan bipolar sering mengalami insomnia
Masalah kesihatan
-Masalah jantung eg lemah jantung
-Masalah pernafasan eg penyakit asma yang tidak terkawal, masalah pulmonari kronik
-Masalah neurologi eg Parkinson’s Disease, demensia
-Masalah hormon eg gejala menapaus
-Masalah kesakitan yang kronik (chronic pain) eg kanser, sendi, tulang
-Masalah perkumuhan eg masalah hipertrofi prostat yang menyebabkan kerap kencing
-Bersalin : Wanita yang baru bersalin kerap mengalami insomnia
Ubatan
-Sesetengah ubat boleh menyebabkan gangguan tidur seperti ubat asma, ubatan ADHD, ubatan kemurungan dan lain-lain.