Page 287 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 287

NAMA AKTIVITI

                                       TIP DAN PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA


                                  TARIKH                                        LOKASI


                                16 MEI 2022                     DEWAN RAFFLESIA, HOSPITAL SULTANAH
                                                                        AMINAH JOHOR BAHRU

                                                      KETERANGAN

                Program ini diadakan bagi tujuan membantu khususnya Pegawai Perubatan kontrak untuk melakukan
                persiapan bagi menghadapi temuduga perjawatan tetap KKM. Ini adalah kerana julung-julung kalinya
                diadakan  temuduga  bagi  pegawai  perubatan  kontrak.  Selain  itu,  program  ini  juga  dibuka  kepada
                kakitangan lain yang berminat untuk meningkatkan kerjaya. Malah, program ini turut dihadiri oleh
                Pakar Psikiatri dimana mereka hadir bagi menambah pengetahuan mereka terhadap laluan kerjaya di
                sektor awam agar dapat membimbing ahli keluarga dan mereka yang memerlukan panduan sebegini.
                Ceramah  dan  sesi  soal  jawab  adalah  merupakan  kaedah  program  ini  dilaksanakan.  Penceramah
                adalah terdiri daripada Puan Noraida Nasim (KPP Sumber Manusia HSAJB), Puan Namirah Arafah
                (Pegawai Psikologi Kaunseling - Sumber Manusia HSAJB), dan Encik Mohd Yasin Kamis (Pegawai
                                          Psikologi Kaunseling dari jabatan Psikiatri).


                                                      PENCAPAIAN

                Program ini berjalan dengan lancar dan baik serta menepati objektif sebagaimana yang direncanakan.
                Semangat peserta jelas kelihatan di dalam program ini melalui sesi soal jawab. Adalah didapati semua
                peserta mengambil bahagian dengan bertanya soalan. Kebanyakkan peserta memuji program ini dan
                berterima kasih kepada penganjur kerana memberi pendedahan, pengetahuan, persediaan, dan hal-
                hal lain yang perlu dilakukan sebelum dan selepas temuduga. Mereka berharap program ini dapat
                                 terus dijalankan agar dapat membantu calon-calon lain kelak.
















                                                                                                           283
   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292