Page 292 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 292

JABATAN PERUBATAN RESPIRATORI






      PENGENALAN


      Jabatan Perubatan Respiratori beroperasi untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan permasalahan paru-paru.
      Jabatan ini terletak di Bangunan Teratai di mana klinik dan beberapa diagnostik prosedur beroperasi di bangunan
      tersebut. Perkhidmatan perawatan yang di sediakan adalah berkaitan dengan penyakit Tibi dan penyakit paru-paru
      yang lain seperti asthma, chronic obstructive pulmonary disease (COPD), kanser paru-paru dan lain-lain.

         VISI                                               MISI


         Klinik Perubatan Respiratori menjadi pusat dalam   Klinik Perubatan Respiratori menyediakan penjagaan
         bidang Perubatan Respiratori, merangkumi penjagaan   kesihatan yang berkualiti dan mesra pelanggan
         kesihatan, pendidikan, latihan, dan penyelidikan   dengan cara ;
         dalam pasukan yang mantap, professional dan mesra   •   Sentiasa responsif terhadap kehendak semua
         pelanggan                                             pelanggan.
                                                            •   Mengamalkan budaya kerja korporat yang
                                                               bercirikan kerja secara berpasukan, sikap
                                                               penyayang, professional dan mesra.
                                                            •   Menjalankan program latihan secara berterusan.
                                                            •   Berkongsi tanggungjawab dengan pelanggan
                                                               yang terlibat dan juga masyarakat setempat


         OBJEKTIF


         Objektif utama jabatan ini semasa penubuhannya adalah untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan
         oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam rancangan kawalan Tibi. Objektif rancangan kawalan Tibi adalah
         untuk mengurangkan masalah penyakit Tibi dalam masyarakat dengan mengesan punca jangkitan dan memberi
         rawatan yang sempurna, mempergiatkan siasatan kontek serta memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit Tibi
         dan kontek yang ada berhubungan dengan pesakit.

         Objektif lain adalah untuk menjadikan Jabatan Perubatan Respiratori sebagai pusat rujukan yang cemerlang dalam
         bidang perubatan respiratori bagi Negeri Johor.



      FUNGSI JABATAN


      Sebagai pusat rujukan bagi Zon Selatan untuk mendiagnos dan merawat penyakit paru-paru, terutamanya bagi kes
      yang rumit dan mempunyai pelbagai komplikasi.









       288
   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297