Page 290 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 290

NAMA AKTIVITI

                                 SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2022

                               TARIKH                                        LOKASI
                          02 OKTOBER 2022                  HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

                                                   KETERANGAN

             Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober pada setiap tahun dengan tema
             tertentu yang dipilih oleh World Federation of Mental Health (WFMH) demi meningkatkan kesedaran
             mengenai isu kesihatan mental sejagat. Oleh itu dalam menyambut baik tema dan sambutan tahun
             ini,  pihak  Jabatan  Psikiatri  dan  Kesihatan  Mental  Hospital  Sultanah  Aminah  Johor  Bahru  telah
             menganjurkan program kesedaran kesihatan mental dengan fokus terperinci kepada golongan remaja
             khususnya remaja sekolah menengah selaras dengan tema tahun ini “Kesihatan dan Kesejahteraan
             Mental Keutamaan Global” (Make Mental Health and Well Being For All A Global Priority). Tema yang
             bersifat universal ini melibatkan semua lapisan masyarakat tetapi diberikan pengkhususan dari pihak
             kami sebagai penganjur kepada golongan remaja kita sebagai satu golongan yang perlu diutamakan.
             Program  sambutan  dengan  objektif  meningkatkan  kesedaran  kesihatan  mental  dalam  kalangan
             remaja seiring dengan tema universal Hari Kesihatan Mental Sedunia (Kesihatan dan Kesejahteraan
                                              Mental Keutamaan Global).

             Aktiviti yang dijalankan seperti Forum Kesihatan Mental (Gen Tik Tok Lets Glow Up), Kuiz Kesihatan
             Mental serta pameran booth informatif (melibatkan Jabatan Psikiatri, OCT, Jab. Pendidikan Pesakit,
                     Jabatan Farmasi serta dua NGO jemputan iaitu Befrienders dan AADK Johor Bahru)



                                                   PENCAPAIAN



             Seramai hampir 200 orang terlibat dalam program sambutan ini terdiri daripada 16 orang tetamu VIP,
             100 orang Ahli Jawatankuasa (Anggota dari Jabatan Psikiatri yang terdiri daripada Pegawai Perubatan,
             Pegawai Perubatan Siswazah, Paramedik, kumpulan sokongan serta unit-unit terlibat dari HSAJB),
             NGO Jemputan (menyertai pameran booth informatif) : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) - 2
                                                    orang wakil

             dan Befrienders – 3 orang wakil, Sekolah – sekolah Jemputan - 4 orang wakil pelajar, 1 orang guru
             pengiring serta 2 orang wakil PIBG dari setiap sekolah jemputan : SMK (P) Sultan Ibrahim (SIGSJB),
             SMK Sultan Ismail (SSIJB), SMK Infant Jesus Convent Johor Bharu, Maktab Sultan Abu Bakar Johor
             Bahru (MSABJB), SMK Aminuddin Baki Johor Bahru (SABJB) , SMK Sultanah Engku Tun Aminah, SMK
             Dato Jaafar (SDJ), SMK Mohd Khalid, SMK Taman Universiti 2, Sekolah Tun Fatimah (STF) dan SMK
                                                 Teknik Johor Bahru.

             Majlis dirasmikan oleh Dr. Hj. Mohtar bin Pungut@ Hj. Ahmad Pengarah Hospital Sultanah Aminah,
             Johor Bahru. Majlis diteruskan dengan forum bertajuk Gen Tik Tik Lets Glow Up , diikuti oleh Laughter
             Therapy, Kuiz dan diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan kuiz dan sesi bergambar. Majlis
             berakhir mengikut masa yang telah ditetapkan dan mendapat maklumbalas yang positif dari guru dan
                                                   pelajar sekolah.




       286
   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295