Page 289 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 289
NAMA AKTIVITI
SUICIDE POSTVENTION TRAINING: REDUCE SUICIDE RISK & PROMOTE HEALING
TARIKH LOKASI
26 SEPTEMBER 2022 MONASH UNIVERSITY
KETERANGAN
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengumumkan bahawa 10 September adalah ‘Hari
Pencegahan Bunuh Diri Sedunia’. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan di seluruh dunia
terdapat lebih daripada 703,000 kes kematian membunuh diri setiap tahun, dengan purata 1 kejadian
bunuh diri setiap 40 saat. Pada tahun 2019, satu (1) dalam 100 kematian (1.3%) adalah disebabkan
bunuh diri. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan bahawa seramai 135 ahli keluarga atau
rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Sehubungan dengan itu Jabatan
Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru berkolabrasi dengan Persatuan
Kesihatan Jiwa Johor (Johor Mental Health Association) menganjurkan kursus yang berkaitan dengan
Bunuh diri yang bertajuk Suicide Postvention Training: Reduce Suicide Risk and Promote Healing
PENCAPAIAN
Seramai 41 orang peserta telah berjaya menghadirI kursus ini. Peserta terdiri daripada Pakar Psikiatri,
Pegawai Perubatan, Pegawai Psikologi dan Paramedik dari semua hospital di dalam negeri Johor.
Aktiviti dalam kursus ini adalah sesi ceramah dan kerja berkumpulan. Tajuk ceramah yang diberikan
adalah seperti introduction of postvention, listening to live experience, suicide exposure, bereavement
after suicide,dan provisioning multi-level support after suicide death yang disampaikan oleh Dr.
Ravivarma Rao Panirselvam Pakar Psikiatri dari Hospital Miri Sarawak. Peserta dibahagikan kepada
empat kumpulan dan diberikan senario untuk dibincangkan dan dibentangkan semasa kursus. Kursus
ini mendapat maklumbalas yang positif dan boleh diadakan di masa akan datang untuk staf dari Klinik
Kesihatan sekitar Johor Bahru, Johor.
285

