Page 288 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 288

NAMA AKTIVITI

                 KURSUS APLIKASI KAUNSELING KESIHATAN MENTAL DALAM PERKHIDMATAN KLINIKAL


                               TARIKH                                        LOKASI

                            21 OGOS 2022                   DEWAN KELAB SUKAN, HOSPITAL SULTANAH
                                                                     AMINAH JOHOR BAHRU
                                                   KETERANGAN


             Objektif program ini adalah untuk berkongsi aplikasi psikologi dan kaunseling di bawah perkhidmatan
             psikiatri. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaunselor-kaunselor dalam daerah
             Johor  Bahru  yang  terdiri  daripada  pelbagai  organisasi  dan  institusi,  mengenai  kaedah  intervensi
             psikologi dan kaunseling terhadap klien yang mempunyai isu berkaitan kesihatan mental dan penyakit
             mental. Melalui program ini, kaunselor turut didedahkan dengan kaedah rawatan psikiatri oleh pakar
             psikiatri, juga terdapat maklumat farmakologi yang disampaikan oleh pegawai farmasi. Program ini
             memberi  pengetahuan  dan  pemantapan  pemahaman  mengenai  aspek  patologi  dan  juga  klinikal
             dalam perkhidmatan psikiatri. Ini membolehkan kaunselor mempunyai kefahaman yang menyeluruh,
             tepat dan tiada prejudis dalam melakukan intervensi psikologi dan kaunseling. Selain itu, prosedur
             dan tatacara rujukan kepada penyedia perkhidmatan psikiatri turut dimaklumkan di dalam program ini








                                                   PENCAPAIAN


             Program ini mencapai matlamat dan orientasi sebagaimana yang diharapkan. Dari jumlah 30 orang
             peserta, rata-rata mereka merespon dengan respon yang positif, setelah menyertai program ini yang
             didapati  dari  borang  maklum  balas  keberkesanan  kursus.  Hampir  semua  peserta  menyampaikan
             hasrat  agar  program  ini  menjadi  program  rutin  tahunan  atau  dwi  tahunan.  Pihak  urus  setia  tidak
             menjangkakan akan semangat dan minat para peserta bagi program ini. Perkara ini dibuktikan dengan
             betapa  cepatnya  jumlah  peserta  mendaftar  untuk  menyertai  kursus  ini.  Pihak  urus  setia  terpaksa
             menutup pendaftaran setelah hanya satu hari sahaja program ini diwar-warkan melalui media sosial.
             Malah masih terdapat ramai kaunselor luar, pelajar, dan orang awam yang tetap menghubungi pihak
             urus setia untuk mendapatkan tempat sebagai peserta kursus. Urus setia terpaksa menutup penyertaan
             kursus ekoran tempat yang disediakan adalah hanya untuk 30 orang peserta sahaja. Kursus ini disertai
                    oleh peserta dari kaunselor sekolah, LPPKN, Konsulat Indonesia dan kaunselor UTM.













       284
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293