Page 291 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 291

NAMA AKTIVITI

                        KURSUS MANAGEMENT OF VIOLENT, BREAKAWAY TECHNIQUE & CODE GREY
                                  TARIKH                                       LOKASI

                             30 OKTOBER 2022                              DEWAN KENANGA,
                                                             HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU


                                                     KETERANGAN
                Agresif atau keganasan merujuk kepada tingkahlaku atau sebarang tindakan yang boleh merosakkan,
                membahayakan  atau  mencederakan  orang  lain  serta  persekitaran.  Kesan  keganasan  ini  adalah
                sangat ketara dan melibatkan keselamatan pesakit, penjaga, petugas perubatan dan lain-lain. Kesan
                ini bukan sahaja melibatkan kecederaan dari segi fizikal, malah boleh mengganggu emosi staf dan
                pekerja kesihatan sehingga boleh menyebabkan kerisauan yang melampau, kemurungan, masalah
                                           pola tidur dan gangguan selera makan.

                Mengikut  kajian  yang  dijalankan  oleh  Ruth  et  al  2009,  keganasan  di  tempat  kerja  melibatkan
                anggota jururawat adalah sebanyak 3.7% dengan purata 1.2% dalam masa sebulan. Melalui laporan
                dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang
                dibentangkan  semasa  mesyuarat  Jawatankuasa  Keselamatan  dan  Kesihatan  Perkerjaan  (JKKP),
                sebanyak 2 kes telah dilaporkan pada bulan Januari 2022 yang melibatkan 1 staf dari Jabatan Psikiatri
                dan 1 kes lagi dilaporkan di Jabatan Kecemasan melibatkan insiden kakitangan hospital dan pesakit
                              yang mengalami kecederaan semasa merawat pesakit yang agresif.

                Berhadapan dengan pesakit yang menunjukkan ciri-ciri bertindak agresif memerlukan teknik tertentu
                supaya risiko kecederaan di kalangan petugas perubatan dan pesakit dapat dikurangkan.  Melalui
                pendekatan ini wujudlah kursus ini di mana dapat kita bersama-sama berkongsi pengetahuan dan
                belajar  cara  mengendalikan  pesakit  yang  berisiko  untuk  bertindak  agresif    tanpa  menggunakan
                                                       kekerasan.



                                                      PENCAPAIAN

                Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan mereka terdiri daripada Pegawai Perubatan,
                anggota paramedik dan anggota kumpulan sokongan. Pengisian kursus ini ialah berbentuk ceramah
                dan praktikal. Tajuk ceramah yang diberikan adalah pengenalan Violence and Managing of Violence
                Patient,  Risk  Assessment  of  Violence  and  De-escalation  Technique,  Code  Grey,  dan  Breakaway
                Technique : Teori. Penceramah terdiri dari pakar psikiatri Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental iaitu
                Dr. Normala binti Sorikan dan Dr. Ng Su Huey, penceramah jemputan Dr. Diyana Binti Mohamad,Ketua
                Jabatan Unit Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran dan Dr. Nor Rahidah binti Abdul Rahim
                Pakar Psikiatri, Hospital Permai. Sesi praktikal pada sebelah petang diajar oleh fasilitator jemputan
                                                khas dari Hospital Permai.









                                                                                                           287
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296