Page 464 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 464
Operasi Perkhidmatan Makanan
• Unit Sajian Beroperasi selama 12 jam iaitu daripada 6.30 pagi hingga 6.30 petang ,di mana ia melibatkan giliran
bertugas sebanyak dua shif. Proses pra-penyediaan makanan serta penyediaan diet normal dan diet teraputik
adalah berpandukan resepi piawai dan Standard Operating Procedure (SOP) bagi menghasilkan output yang
tepat serta berkualiti.
• Diet akan dibekalkan mengikut Kelas Satu, Kelas Dua, Kelas Tiga serta Menu kanak-kanak. Jenis diet yang akan
dibekalkan adalah Diet Normal atau Diet Teraputik mengikut pesanan daripada pihak wad. Jenis Diet Teraputik
yang akan dibekalkan adalah mengikut saranan Pegawai Perubatan atau Pegawai Dietetik.
• Ibu yang menemani anak di Wad Kanak-kanak akan dibekalkan Diet Kelas Tiga. Bayi yang dilahirkan oleh ibu
yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bagi tempoh bayi lahir hingga umur 6 bulan setelah
melepasi penilaian status ekonomi oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan.
• Pakar serta Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan di hospital, akan diberikan Diet kelas Satu. Begitu
juga dengan petugas di Dewan Bedah.
Prosedur Aduan
Sekiranya terdapat sebarang aduan, pihak wad perlu menggunakan Borang Aduan Makanan yang ditetapkan serta
menghantar sampel makanan tersebut dalam tempoh 24 jam dari Tarikh insiden berlaku. Terdapat tiga kategori
aduan iaitu:
i) Aduan NIA (National Indicator Approach)
Terdapat benda asing di dalam makanan yang telah dihidangkan kepada pesakit.
ii) Aduan Non-NIA (Non -National Indicator Approach)
Terdapat benda asing di dalam makanan yang belum dihidangkan kepada pesakit.
iii) Aduan Rendah Kualiti
Makanan yang dihidangkan rendah kualiti dari aspek rasa, tekstur dan sebagainya.
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI JABATAN DIETETIK SAJIAN TAHUN 2022
2 Januari 2022
Pegawai Penyediaan Makanan telah mewakili jabatan untuk Sesi Semakan Kitaran Menu Harian bagi penghuni
Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru.Konsep menu yang pelbagai,sihat dan seimbang berpandukan Malaysian
Dietary Guidelines 2020 telah diberi penekanan.
460

