Page 465 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 465
5 Mac 2022
Pegawai Dietetik dari jabatan telah dijemput oleh Persatuan Pengusaha Haemodialisis Bumiputera Malaysia untuk
memberi ceramah bertajuk Medical Nutrition Therapy For Haemodialysis Patient. Seramai Sembilan puluh lima peserta
terdiri daripada Pengamal Perubatan, Jururawat dan Pembantu Dialisis hadir ke program tersebut.
29 Mac 2022
Jabatan Dietetik dan Sajian telah dipilih sebagai Hos Untuk Lawatan Kerja Jawatankuasa Teknikal Sajian Kebangsaan
ke negeri Johor bagi membincangkan hala tuju dan Pemantapan Perkhidmatan Sajian.
31 Mac 2022
Jawatankuasa Latihan Jabatan Dietetik dan Sajian telah menganjurkan Continuous Catering Education (CCE) bagi semua
anggota jabatan bertajuk Prinsip Penyediaan Diet untuk Pesakit Diabetik bagi meningkatkan kemahiran Pembantu
Penyediaan Makanan dalam menghasilkan menu yang bertepatan dengan prinsip asas penyediaan makanan.
10 April 2022
Pegawai Dietetik dari jabatan telah dijemput untuk memberi ceramah kepada lapan puluh orang pelajar Program
Diploma Lanjutan Kebinanan bertajuk Maternal Nutrition di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kempas
Johor Bahru.
19 April 2022
Pihak Pengurusan Jabatan Dietetik dan Sajian telah menganjurkan Majlis Tadarus serta Khatam Al- Quran peringkat
jabatan bagi semua anggota beragama Islam.
461

