Page 467 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 467

LAPORAN RINGKAS AKTIVITI JABATAN DIETETIK SAJIAN TAHUN 2022






















          26 Julai 2022

          Pegawai Dietetik dari jabatan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Poster sempena Dietitian’s Quality and
          Research  Convention  (DQRC)  di  Institut  Kanser  Negara.Tajuk  yang  dibentangkan  ialah  Raw  Corn  Starch  Therapy  :
          Adjunct Therapy For Prevention of Frequent Nocturnal Hypoglycaemia.

          16 Ogos 2022

          Pegawai Dietetik dilantik sebagai Panel Jemputan bagi Viva Voce dalam talian anjuran Program Dietetik,Pusat Pengajian
          Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

          5 September 2022

          Jawatankuasa    Latihan  Jabatan  Dietetik  dan  Sajian  telah  menganjurkan  Hands  On  Continuous  Catering  Education
          (CCE). Sesi praktikal ini memberi fokus kepada kreativiti Pembantu Penyediaan Makanan dalam mencipta resipi serta
          melakukan modifikasi nutrien agar Pai Ayam yang dihasilkan bersesuaian untuk hidangan pesakit yang memerlukan
          Diet Teraputik.



















          23-24 September 2022

          Pihak Pengurusan Jabatan Dietetik dan Sajian dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Teknikal Dietetik Negeri
          Johor telah menganjurkan Sambutan Hari Dietetik Peringkat Negeri bertemakan Heal With Food, Consult a Dietitian.
          Program ini telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort & SPA dan telah dihadiri oleh Pegawai Dietetik yang bertugas
          di hospital,Klinik Kesihatan serta Sekolah Sukan di negeri Johor.



                                                                                                           463
   462   463   464   465   466   467   468   469   470   471   472