MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR (B) TAHUN 2025

Peluncuran Bulan Kemerdekaan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (B) Tahun 2025 telah diadakan pada 25 Ogos 2025 (Isnin), bertempat di Dataran Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-ketua Fasiliti Kesihatan Negeri Johor, pegawai-pegawai kanan serta warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Bagi memeriahkan lagi suasana, majlis dimulakan dengan Pertandingan Perarakan Patriotik yang disertai oleh Bahagian Farmasi, Bahagian Kejuruteraan/ Keselamatan dan Kualiti Makanan, Bahagian Kesihatan Awam (1,2,3) dengan tema Malaysia Madani, Rakyat Disantuni. Tahniah kepada pemenang iaitu dari Bahagian Kesihatan Awam (Panji Warisan) atas persembahan yang kreatif dan menarik.

Antara acara yang telah disajikan buat warga Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang hadir adalah pendeklamasian sajak dan persembahan nyanyian patriotik. Telah berlangsung penyampaiaan penghargaan kepada Pn Nur Syazwani Binti Omar, Juruteknologi Makmal Perubatan, dari Unit Vektor yang mewakili Pasukan Negeri Johor dalam Karnival Sihat JTMP Peringkat Kebangsaan 2025 yang menerima Pingat Emas (Badminton), Pingat Gangsa (Bola Jaring) dan Pingat Gangsa (Futsal Wanita). Syabas atas pencapaian yang telah diberikan.

Scroll to Top