MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH YB DATO’ DR. AMAN BIN RABU
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
YB DATO’ DR. AMAN BIN RABU
PADA: 11 MEI 2023 (KHAMIS)
TEMPAT: GRAND BALLROOM HOLIDAY VILLA JOHOR BAHRU CITY CENTRE
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Perpaduan Negeri Johor. Kehadiran tetamu jemputan adalah seramai 473 orang yang terdiri daripada anggota Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) , Medivest Sdn Bhd, Sinar Jernih Sdn Bhd, Ambang Wira Sdn. Bhd, Quantum Medical Solutions Sdn Bhd, Kelab Jururawat Negeri Johor, Kesatuan Pemandu-Pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Johor dan Majlis Sukan dan Kebajikan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Johor.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita, setiap perkara yang bermula, pasti akan tiba di penghujungnya. Persaraan bukanlah suatu pengakhiran, malah merupakan suatu perubahan fasa baharu dalam meniti kehidupan setiap insan. Komitmen dan usaha murni sepanjang perkhidmatan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu sebagai penjawat awam daripada seorang Pegawai Perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1994 sehingga menjadi Pengarah Kesihatan Negeri Johor sehingga sampai ke akhir perkhidmatan amatlah kami kagumi dan boleh dijadikan teladan kepada seluruh warga Kesihatan. Tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan yang YB Dato’ Dr. curahkan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara serta perkhidmatan awam khususnya di negeri Johor.
Majlis ini merupakan satu simbol penghargaan dan kenangan atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu. Semoga kenangan berkhidmat di Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini kekal menjadi memori yang terindah. Selamat Bersara YB Dato’ Dr Aman bin Rabu.
