LAWATAN KERJA PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH DAN HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU
Lawatan Kerja Pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia Ke Hospital Sultanah Aminah Johor dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru telah diadakan pada 31 Mei 2023. Lawatan kerja ini dihadiri oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor. Lawatan turut dihadiri oleh Pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM; YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM; En. Wan Hashim bin Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) KKM; Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah (Perkembangan Perubatan) KKM; Puan Saharah binti Sapiyi, Timbalan Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia) KKM; Dr. Syamsul Nizam bin Mohd Razali, Timbalan Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia) KKM; Dr. Saravanan a/l S.R. Sundaramurthy daripada Unit Health Performance Unit, Pejabat Ketua Pengarah Kesihatan KKM; Dr. Mohd Ridzwan bin Shahari, Ketua Penolong Pengarah Kanan (PPKA), Bahagian Perkembangan Perubatan KKM; Cik Masrina Marsono, Pegawai Khas 1 KSU KKM.
Daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, dihadiri oleh Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor; Dr. Sal binti Atan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKN Johor; Puan V.J. Pramila, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) JKN Johor; Dr. Hasni binti Md Zain, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) JKN Johor; Puan Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) JKN Johor; Dr. Shamsul bin Ma’ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam (CPKA) JKN Johor; Dr. Hjh. Zuraini binti Zainal, Pengarah Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan Dr. Redzuan bin Ab Hamid, Timbalan Pengarah Hospital (Pembedahan), Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Lawatan kerja ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kesihatan di negeri Johor terutamanya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan juga Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Beberapa wad di kedua-dua hospital telah dilawat seperti di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan beberapa wad perubatan yang lain. Semoga dengan lawatan ini dapat memastikan isu perjawatan dapat di tangani bagi memastikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit dapat diberikan dengan cemerlang dan akan bertambah baik,terutamanya di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang merupakan antara hospital awam tersibuk di Malaysia.
