MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 1444H / 2023 M

Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Negeri Johor Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor Bagi Tahun 1444H/2023M telah berlangsung pada 12 Julai 2023  di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing. Majlis Tilawah Al-Quran dapat dilangsungkan pada tahun ini, dengan daerah Mersing dipilih menjadi tuan rumah.

Majlis telah dimulai dengan alunan selawat, marhaban dan persembahan nasyid oleh Kumpulan Ad-Daie. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dr. Hasni binti Md Zain, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor selaku wakil rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan ucapan perasmian penutup oleh YBhg. Tuan Hj. Mohammed Shakib Bin Hj. Ali, Pegawai Daerah Mersing. Turut hadir, As-Sheikh Tuan Haji Muhammad Suhaidi Bin Mseran, Kadi Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Mersing, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Mersing.

Sebelum Pengumuman Keputusan Tilawah Al-Quran, Ketua Jemaah Hakim, Tuan Haji Makhadzir Bin Abdan Al-Hafiz, Imam Besar Negeri Johor memberikan ulasan keputusan Tilawah Al-Quran kali ini. Bagi kategori Qari Johan  disandang oleh Dr. Adlee Ariff Bin Suhaimi daripada Kluang, Naib Johan  disandang oleh En Fazreen bin Zainuddin daripada Batu Pahat dan Tempat Ketiga disandang oleh En. Abd Jawad bin Sipon daripada Johor Bahru. Bagi Kategori Qariah, Johan disandang oleh Pn. Firza Syafiqa Binti Hj. Mohd Puzi daripada Segamat , Naib Johan  disandang oleh Pn. Nor Syazwani binti Mohamad Sufian daripada Tangkak dan Tempat Ketiga disandang oleh Pn. Siti Asmah binti Omar daripada Batu Pahat. Majlis berakhir dengan penyampaian saguhati dan hadiah kepada peserta dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Johan Qari ini. Johan tilawah ini akan mewakili Negeri Johor ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan diadakan pada 6 hingga 8 Ogos di Terengganu. Tahniah dan Syabas kepada johan qari dan qariah tahun 2023.

Scroll to Top