LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE FASILITI KESIHATAN DI DAERAH SEGAMAT, MUAR DAN KULAI

Pada 6 hingga 8 Ogos 2023, Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti kesihatan di daerah Segamat, Muar dan Kulai.

Lawatan kerja di daerah Segamat melibatkan lawatan ke Klinik Kesihatan Chaah sementara dan tinjauan ke tapak-tapak cadangan klinik kesihatan. Lawatan di daerah Muar pula melibatkan Klinik Desa Parit Baru dan Klinik Kesihatan Air Hitam Batu 15, manakala di daerah Kulai melibatkan Klinik Desa Bukit Batu dan juga Klinik Desa Kampung Bukit Batu.

Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau keadaan bangunan dan fasiliti-fasiliti klinik di daerah-daerah yang terlibat bagi memastikan perancangan naik taraf dan juga pengurusan dapat dilakukan dengan teliti.

Turut hadir bersama ke lawatan kerja tersebut ialah Puan Puan V.J. Pramila, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) JKN Johor bersama pegawai-pegawai kanan Bahagian Kesihatan Awam, Unit Kejuruteraan dan Bahagian Pengurusan JKN Johor.

Scroll to Top