MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023 PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Pada 16 Ogos 2023, YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah melancarkan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru.
Majlis dimulakan dengan ucapan pelancaran yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor diikuti dengan persembahan sajak bertajuk Tanah Air yang disampaikan oleh Puan Suliana binti Marsuli @ Marsuti daripada Bahagian Pengurusan. Selepas itu, warga JKN Johor bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat cintakan negara. Majlis disudahi dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan dif-dif jemputan dengan pemasangan bendera di kenderaan jabatan.
Turut hadir bersama ke majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, ketua-ketua fasiliti kesihatan negeri johor, pegawai-pegawai kanan dan warga Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
