LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE FASILITI KESIHATAN DI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 28 hingga 29 Ogos 2023, Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti kesihatan di daerah Johor Bahru.

Antara fasiliti kesihatan yang dilawati termasuklah Klinik Desa Felda Ulu Tebrau, Klinik Kesihatan Ulu Tiram dan Klinik Desa Sungai Tiram pada 28 Ogos 2023. Lawatan kerja diteruskan lagi pada 29 Ogos 2023 dengan melawat Klinik Desa Pasir Putih, Klinik Kesihatan Pasir Gudang, tapak projek Klinik Kesihatan Cendana dan Klinik Komuniti Kota Masai.

Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau keadaan bangunan dan persekitaran fasiliti-fasiliti klinik yang terlibat bagi memastikan perancangan naik taraf dan juga pengurusan dapat dilakukan dengan teliti. Selain itu, lawatan kerja ini juga bertujuan memantau perkembangan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan peralatan perubatan yang memerlukan pembaikan di klinik-klinik tersebut.

Turut hadir bersama ke lawatan kerja tersebut adalah Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Bahagian Kesihatan Awam, Unit Pembangunan, Unit Khidmat Pengurusan dan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Scroll to Top