LAWATAN YB HASSAN BIN ABDUL KARIM, AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG KE FASILITI KESIHATAN DI PASIR GUDANG

Pada 4 September 2023, YB Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang telah mengadakan lawatan ke beberapa fasiliti kesihatan dan fasiliti yang dalam proses pembinaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pasir Gudang.

Antara fasiliti kesihatan yang dilawati termasuklah Klinik Kesihatan Pasir Gudang, Klinik Kesihatan Masai, tapak projek pembinaan Klinik Kesihatan Cendana dan juga tapak projek pembinaan Hospital Pasir Gudang.

Lawatan ini adalah bertujuan melihat keadaan persekitaran kawasan klinik dan juga melihat perkembangan pembinaan klinik dan juga hospital yang sedang dibina di Pasir Gudang. YB Parlimen Pasir Gudang juga sempat beramah mesra dengan pesakit-pesakit dan petugas-petugas kesihatan yang berada di sekitar fasiliti kesihatan yang dilawati.

Turut hadir bersama ke lawatan kerja tersebut adalah YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, wakil Datuk Bandar Pasir Gudang, wakil Pegawai Daerah Johor Bahru, Penghulu Mukim Plentong, Ketua Kampung Baru Masai, Ketua Kampung Pasir Gudang Baru serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada Bahagian Perubatan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Pengurusan dan Unit Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Scroll to Top