PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JULAI TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR SERTA LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE DAERAH MUAR
Perhimpunan Bulanan Bulan Julai Tahun 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan pada 28 Julai 2024 bertempat di Dewan Saujana, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor yang telah menyampaikan amanat beliau kepada warga Jabatan Kesihatan Negeri Johor di daerah Muar.
YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada warga Klinik Kesihatan Lenga, Muar yang telah menerima penghargaan daripada pesakit seterusnya melawat Jabatan Radiologi sempena penerimaan mesin CT Scan yang baharu dan merasmikan Bangunan Delima, Perkhidmatan CAPD dan AKUT.
Beliau juga telah melawat beberapa fasiliti kesihatan di daerah Muar termasuklah Klinik Desa Temiang, Klinik Kesihatan Bukit Pasir dan Klinik Kesihatan Parit Bakar.
Turut hadir bersama ke perhimpunan bulanan dan lawatan kerja tersebut adalah barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Pegawai Kesihatan Daerah Muar, Pegawai Pergigian Daerah Muar, serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.