PROGRAM JOM NAIK TANGGA JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Program Jom Naik Tangga Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan pada 11 Julai 2024 bertempat di Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Program diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor yang turut menyempurnakan perasmian program tersebut.
Program dimulakan dengan regangan badan dan diteruskan dengan sesi perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Selepas itu, para tetamu dan peserta bersama-sama memulakan aktiviti naik tangga sehingga tingkat sembilan (9) di bangunan Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru.
Semoga dengan adanya program kecergasan seperti ini akan dapat memupuk gaya hidup sihat warga JKN Johor dan menghasilkan warga kerja yang sentiasa berketerampilan, sihat dan cergas sepanjang menjalankan tugas.
Turut hadir bersama ke program tersebut adalah barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.