AKTIVITI KESIHATAN SEMASA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DI NEGERI JOHOR
Berikutan dengan keadaan banjir di negeri Johor beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sejak 8 Januari 2024. Pelbagai aktiviti kesihatan yang telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi memastikan kesihatan mangsa banjir di PPS terjamin.
Saringan kesihatan, semburan lysol, pemeriksaan persekitaran dan aktiviti pendidikan kesihatan turut diberikan kepada mangsa banjir. Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad telah mengadakan lawatan pada 10 Januari 2024 ke PPS SK Cahaya Baru, Pasir Gudang untuk meninjau keadaan mangsa banjir dan anggota kesihatan yang bertugas di PPS tersebut.
