CAJ PERKHIDMATAN PERUBATAN
Soalan :
Siapakah kategori pesakit ?
Jawapan :
Kategori pesakit adalah seperti berikut :
- Awam (Warganegara)
- Awam Warganegara Asing
- Kakitangan Kerajaan dan Pesara Kerajaan
Soalan :
Berapakah bayaran deposit bagi Warganegara Malaysia, Asing dan Pesara ?
Jawapan
Deposit Warganegara Asing | |||
Jenis Rawatan | Kelas 1 | Kelas 2 | Kelas 3 |
Perubatan | RM1400 | RM600 | RM400 |
Pembedahan | RM2200 | RM1000 | RM800 |
Sakit Puan | RM1400 | RM1000 | RM800 |
Pesara | |||
Kelas 1 (1 Katil) | Kelas 1 (2 Katil) | Kelas 1 (4 Katil / Lebih) | Kelas 2 |
RM50 | RM40 | RM30 | RM15 |
Nota * :
Resit bayaran deposit hendaklah disimpan untuk tujuan bayaran balik (sekiranya ada)
Sila pastikan bil hospital diperolehi semasa discaj dan dibayar sebelum pulang. Resit rasmi pembayaran akan dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran dibuat
Soalan :
Bilakah bayaran balik deposit dibayar ?
Jawapan :
Deposit secara tunai akan dibayar balik secara tunai. Bayaran balik deposit pada waktu pejabat sahaja .
Hari | Masa |
Isnin Hingga Khamis | 8.00 pagi hingga 12.55 tengah hari |
2.00 petang hingga 4.30 petang | |
Jumaat | 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari |
2.45 petang hingga 4.30 petang |
Soalan :
Apakah dokumen yang diperlukan bagi menuntut bayaran balik deposit (refund) ?
Jawapan :
- Resit asal bayaran deposit. Jika resit asal didapati hilang sila dapatkan akuan sumpah di Suruhanjaya Sumpah berkenaan resit yang hilang tersebut.
- Bil Hospital.
- Surat yang mengesahan alat otopedik telah disenaraikan ke Hospital daripada pihak wad yang berkenaan jika bayaran deposit dibuat untuk alat tersebut.
- Kad pengenalan / passport.
- Surat perwakilan (jika yang menuntut bukan pembayar di resit pembayaran).
Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan pesakit luar ?
Jawapan :
Pesakit luar adalah mereka yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar atau di Klinik-klinik Pakar (Jabatan Pesakit Luar Pakar).
Soalan :
Berapakah caj wad sehari dikenakan kepada seorang pesakit ?
Jawapan :
Caj Wad Awam / Swasta | |
Kelas Wad | Caj Sehari Bagi Seorang Pesakit |
1 (1 Katil) | RM80 |
1 (2 Katil) | RM60 |
1 (4 Katil / lebih) | RM40 |
2 | RM20 |
3 | RM3 |
ICU / CCU (Dewasa) | – |
ICU / CCU (Kanak | – |
Nurseri | – |
Nurseri Rawatan Khas | – |
Caj Wad Kerajaan / Pesara | |
Kelas Wad | Caj Sehari Bagi Seorang Pesakit |
1 (1 Katil) | Percuma / [10.00 / 5.00] |
1 (2 Katil) | Percuma / [8.00 / 4.00] |
1 (4 Katil / lebih) | Percuma / [6.00 / 3.00] |
2 | Percuma / [3.00 / 1.5] |
3 | Percuma |
ICU / CCU (Dewasa) | – |
ICU / CCU (Kanak | – |
Nurseri | – |
Nurseri Rawatan Khas | – |
Caj Wad Warganegara Asing | |
Kelas Wad | Caj Sehari Bagi Seorang Pesakit |
1 (1 Katil) | RM160 |
1 (2 Katil) | RM115 |
1 (4 Katil / lebih) | RM80 |
2 | RM60 |
3 | RM40 |
ICU / CCU (Dewasa) | RM300 |
ICU / CCU (Kanak | RM250 |
Nurseri | RM45 |
Nurseri Rawatan Khas | RM100 |
Nota * :
Caj wad bagi kakitangan kerajaan adalah Percuma mengikut kelayakan.
Sekiranya tiggal di wad yang lebih tinggi dari kelayakan, caj wad tetap dikenakan bagi diri atau keluarga mengikut Perintah Am Bab F.
Soalan :
Berapakah caj rawatan sehari dikenakan kepada seorang pesakit?
Jawapan :
Caj Rawatan Warganegara Malaysia | |
Kelas Wad | Caj Sehari Bagi Seorang Pesakit |
Semua Kelas 1 | RM10 |
2 | RM5 |
3 | Percuma |
Caj Rawatan Kerajaan / Persara | |
Kelas Wad | Caj Sehari Bagi Seorang Pesakit |
Semua Kelas 1 | Percuma |
2 | |
3 |
Caj Rawatan Warganegara Asing | |
Kelas Wad | Caj Sehari Bagi Seorang Pesakit |
Semua Kelas 1 | RM10 |
2 | |
3 |
Nota * :
Caj-caj siasatan dan prosedur mengikutkadar kelas wad yang diduduki .
Peringatan:
Pesakit yang pada mulanya masuk wad kelas rendah dan kemudian dipindahkan ke wad kelas yang lebih tinggi dikehendaki membayar semua caj, selain dari caj wad mengikut kadar kelas yang lebih tinggi.