PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JUN TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR SERTA LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE DAERAH MERSING
Perhimpunan Bulanan Bulan Jun Tahun 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan pada 27 Jun 2024 bertempat di Lobi Klinik Pakar, Hospital Mersing. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor yang telah menyampaikan amanat beliau kepada warga Jabatan Kesihatan Negeri Johor di daerah Mersing. YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor turut melawat ruang kerja serta kemudahan yang ada di klinik pakar dan beberapa wad di Hospital Mersing.
Beliau juga turut melawat Pejabat Kesihatan Daerah Mersing dan Pejabat Pergigian Daerah Mersing sebelum meneruskan lawatan kerja di Klinik Kesihatan Nitar 1. Turut hadir bersama ke perhimpunan bulanan dan lawatan kerja tersebut adalah barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Mersing, Pegawai Kesihatan Daerah Mersing, Pegawai Pergigian Daerah Mersing, serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.