KARNIVAL KECERGASAN KEBANGSAAN KKM SEMPENA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA 2023
Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan Karnival Kecergasan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia sempenan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 bertempat di Taman Tropika, UTM Skudai. Pada 27 Oktober 2023 ini, pelbagai acara berkaitan kecergasan dijalankan. Antaranya ialah, Pocket Talk, Fun Ride, Fitness Challenge, Explorace ANMS, Sukan Rakyat, Plogging 10k langkah, Bootcamp, Cabutan Bertuah, Saringan Kesihatan Percuma, Saringan Kesihatan Pergigian dan sebagainya.
Majlis dirasmikan oleh YBHG. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut@ Hj. Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Puan Suraiya Binti Syed Mohamed. Syabas dan terima kasih atas penglibatan kepada semua yang berusaha untuk menjayakan majlis.
