KUNJUNGAN YANG AMAT MULIA CHE’ PUAN MAHKOTA KHALEEDA JOHOR KE RUMAH GENERASIKU SAYANG

Rumah Generasiku Sayang telah menerima kunjungan Yang Amat Mulia (YAM) Che’ Puan Khaleeda Bustaman dalam satu lawatan yang bertujuan meninjau sendiri kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan kepada penghuni dan penerima manfaat di institusi berkenaan.

Keberangkatan tiba YAM Che’ Puan Khaleeda telah disambut oleh YBrs. Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Khairi bin Yakub, Penasihat Rumah Generasiku Sayang, YB  Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBrs. Dr. Muzairiah binti Bajuri, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, barisan pengurusan Rumah Generasiku Sayang serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Sepanjang lawatan tersebut, YAM Che’ Puan Khaleeda berkenan melawat sekitar premis, mendengar taklimat mengenai operasi dan perkhidmatan yang dilaksanakan serta beramah mesra bersama penghuni dan petugas. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memastikan aspek kebajikan, kesihatan dan sokongan sosial sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

Adalah diharapkan kunjungan ini dapat mempererat hubungan kerjasama serta menyuntik semangat kepada semua pihak dalam meneruskan usaha murni yang dilaksanakan.

Scroll to Top