LAWATAN RASMI YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM KE HOSPITAL PONTIAN DAN MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBANGUNAN TAMBAHAN
Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Pontian pada 15 Februari 2026 (Ahad) bagi meninjau kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada masyarakat setempat.
Lawatan tersebut disusuli dengan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian yang berlangsung di Dataran Jubli Intan Pontian sebagai simbolik permulaan kepada pelaksanaan projek pembangunan berkenaan.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan komitmen Kerajaan untuk terus memperkukuh infrastruktur kesihatan awam khususnya di kawasan daerah, bagi memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh, berkualiti dan mampan kepada rakyat.
Projek bangunan tambahan ini dijangka akan meningkatkan kapasiti perkhidmatan hospital melalui penyediaan kemudahan rawatan yang lebih komprehensif serta persekitaran yang lebih kondusif kepada pesakit dan petugas kesihatan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor, pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia serta warga Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Adalah diharapkan pelaksanaan projek ini akan memberi impak positif terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di daerah Pontian dan kawasan sekitarnya.
