LAWATAN TEKNIKAL BERSAMA-SAMA PIHAK PKD DAN PENOLONG JURUTERA DAERAH OPERASI KLINIK KE 4 BUAH PROJEK KLINIK DAIF DAERAH BATU PAHAT
Bahagian Kejuruteraan telah mengadakan lawatan teknikal projek di daerah Batu Pahat pada 4 Januari 2024 yang bertempat di Klinik Desa Parit Sangit, Klinik Desa Parit Kuda, Klinik Kesihatan Bagan dan Klinik Kesihatan Parit Bilal.
Lawatan teknikal ini diadakan bertujuan untuk memberi bantuan dari segi khidmat teknikal dan skop kerja kepada semua daerah yang terlibat dengan projek klinik daif tahun 2024.
Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Jurutera Negeri dan turut hadir bersama ke lawatan ini adalah Pegawai Kesihatan Derah Johor Bahru, Penolong Jurutera setiap daerah serta kakitangan pembangunan dearah.
