MAJLIS AMANAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR TAHUN 2026 JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan Majlis Amanat Pengarah Kesihatan Negeri Johor Tahun 2026 Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 28 Januari 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Auditorium, Hospital Pasir Gudang. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor serta barisan Timbalan Pengarah Kesihatan, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah serta warga kerja JKNJ.
Majlis ini bertujuan menyampaikan hala tuju strategik jabatan bagi tahun semasa, memperkukuh komitmen warga kerja serta memperkasakan budaya kerja berintegriti, profesional dan berfokuskan pelanggan.
Turut diadakan peluncuran Buku Polisi Pengoperasian Hospital Pasir Gudang serta penyampaian penghargaan kepada PTJ yang menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2025.
Adalah diharapkan amanat yang disampaikan dapat menjadi panduan serta pembakar semangat kepada seluruh warga JKNJ dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Negeri Johor.
