MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022 (APC 2022)
PADA: 16 MAC 2023 (KHAMIS)
JAM: 9.30 PAGI
TEMPAT: PULAI SPRING RESORT, JOHOR
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan pada 16 Mac 2023 bertempat di Dewan Kenchanapuri Pulai Spring Resort. YBhg Dato’ Zamzuri Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) telah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada semua penerima sesi pagi iaitu seramai 959 orang manakala YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor telah menyampaikan menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada semua penerima sesi petang iaitu seramai 940 orang.
Setiap penerima akan menerima Sijil Anugerah beserta pemberian insentif Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) di bawah Tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai seribu ringgit. Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah. Semoga dengan pengiktirafan ini, akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua pegawai dan anggota jabatan kesihatan yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang.
PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN
Pertandingan kebersihan dan keceriaan fasiliti kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi tahun 2022 ini, telah diilhamkan oleh yang berhormat Dato’ Dr. Aman Bin Rabu Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Tujuan program ini dijalankan, adalah untuk menyahut seruan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam kempen penanaman 100 juta pokok dan kempen Johor bersih.
Pertandingan kebersihan dan keceriaan fasiliti kesihatan ini telah bermula pada bulan September 2022 dan penilaian telah dijalankan pada bulan Januari 2023. Ianya terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu kategori, iaitu
- Klinik Kesihatan
- Kategori Klinik Desa
- Kategori Hospital/Makmal Kesihatan Awam
- Kategori Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
Setiap pemenang akan menerima plaque, mock-cheque, wang tunai, sijil dan pokok.
Kategori Hospital :
- Tempat pertama : Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
- Tempat kedua : Hospital Permai
- Tempat ketiga : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Kategori Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) :
- Tempat pertama : PKD Mersing
- Tempat kedua : PKD Kulai
- Tempat ketiga : PKD Muar
Kategori Klinik Kesihatan (KK) :
- Tempat pertama : KK Penerok
- Tempat kedua : KK Kulai Besar
- Tempat ketiga : KK Labis
Kategori Klinik Desa :
- Tempat pertama : Klinik Desa Felcra Batu 31/2 Paloh
- Tempat kedua : Klinik Desa Felda Inas
- Tempat ketiga : Klinik Desa Parit Keroma
