MAJLIS KEBERANGKATAN DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR KE DAERAH JOHOR BAHRU
Pada 25 Mac 2024 (Isnin), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan lawatan ke tapak Hospital Pasir Gudang, Johor Bahru.
Dalam sesi lawatan ini, Baginda telah dipersembahkan dengan Pembentangan Projek Hospital Sultanah Aminah II Johor Bahru dan Pembentangan Projek Hospital Pasir Gudang secara terperinci. Baginda turut meluangkan masa berangkat ke ruangan model bangunan Hospital Pasir Gudang.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor. Turut hadir daripada KKM adalah YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM, YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs. Tuan Hj Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, YBrs. Dr. Enna binti Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan KKM, YBrs. Dr. Khairul Rizal bin Othman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
