PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2024 JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Peluncuran Bulan Kebangsaan Tahun 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan pada 19 Ogos 2024 bertempat di Dataran Bahagian Kesihatan Awam, JKN Johor. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor yang telah menyampaikan ucapan perasmian.
YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor turut menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada semua enam (6) bahagian JKN Johor dan juga menyampaikan sijil kepada pasukan kawad kaki daripada Unit Keselamatan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang telah mendapat naib johan dalam Pertandingan Kawad Antara Kader Piala Ketua Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia bertempat di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan pada 08 Ogos 2024 yang lepas.
Para tetamu yang hadir juga telah dipersembahkan dengan pendeklamasian sajak, persembahan kawad kaki dan diakhiri dengan sesi pelepasan kenderaan Merdeka oleh YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Turut hadir bersama ke majlis tersebut adalah barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-ketua Fasiliti Kesihatan Negeri Johor, pegawai-pegawai kanan serta warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Johor.