PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH PONTIAN SERTA LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE DAERAH PONTIAN

Pada 22 Ogos 2023, Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 Peringkat Daerah Pontian telah diadakan dan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor di Dewan Sri Tanjung, Hospital Pontian.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan lafaz ikrar yang diketuai oleh En. Mohd Faisal bin Jaafar. Seterusnya, ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Dr. Parameswaran A/L Ramachandran, Pengarah Hospital Pontian diikuti dengan amanat dan Perasmian Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan Yang Ke-66 yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Kemudian, diteruskan lagi dengan persembahan koir dan sajak diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam beberapa pertandingan yang diadakan di Hospital Pontian sempena Bulan Kemerdekaan sebelum diakhiri dengan tayangan video pemenang pertandingan yang diadakan dan sesi bergambar. Selepas tamat perhimpunan, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah melawat kuarters di hospital tersebut dan merasmikan tugu
I  HOSPITAL PONTIAN”. 

Pada hari yang sama juga, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja di beberapa fasiliti kesihatan di daerah Pontian. Fasiliti kesihatan yang dilawati termasuklah Klinik Desa Sri Bunian, Klinik Kesihatan Serkat dan Klinik Desa Perpat. Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau keadaan bangunan dan fasiliti-fasiliti klinik di daerah Pontian serta keadaan kuarters di fasiliti yang terlibat bagi memastikan perancangan naik taraf dan juga pengurusan dapat dilaksanakan dengan teliti.

Turut hadir bersama ke perhimpunan bulanan dan lawatan kerja tersebut adalah barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pegawai Kesihatan Daerah Pontian, Pegawai Pergigian Daerah Pontian, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Unit Pembangunan, Unit Khidmat Pengurusan dan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Scroll to Top