PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OKTOBER SERTA LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR KE DAERAH KOTA TINGGI
Pada 15 Oktober 2023, YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Dewan Delima, Hospital Kota tinggi. YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor juga telah melawat beberapa fasiliti kesihatan di daerah Kota Tinggi selepas perhimpunan berlangsung.
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan lafaz ikrar dan diteruskan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Azilina binti Abdul Aziz, wakil Pengarah Hospital Kota Tinggi. Seterusnya, majlis diikuti dengan amanat yang disampaikan oleh YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Selepas tamat perhimpunan, YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah melawat bilik Pegawai Khidmat Pelanggan dan tapak cadangan membina bangunan tambahan Hospital Kota Tinggi.
Pada hari yang sama juga, YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja di beberapa fasiliti kesihatan di daerah Kota Tinggi. Fasiliti kesihatan yang dilawati termasuklah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, tapak pembinaan Klinik Kesihatan Kota Tinggi, Klinik Kesihatan Bandar Mas, Klinik Kesihatan Pengerang, Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan Klinik Kesihatan Bayu Damai. Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau keadaan bangunan dan fasiliti-fasiliti klinik di daerah Kota Tinggi bagi memastikan perancangan naik taraf dan juga pengurusan dapat dilaksanakan dengan teliti.
Turut hadir bersama ke perhimpunan bulanan dan lawatan kerja tersebut adalah barisan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pegawai Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pegawai Pergigian Daerah Kota Tinggi, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Unit Pembangunan, Unit Khidmat Pengurusan dan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
