PERKHIDMATAN PENJAGAAN TRADISIONAL IBU SELEPAS BERSALIN
Perkhidmatan Penjagaan Tradisional Postnatal Postnatal (PTP) atau Penjagaan Tradisional Ibu Selepas Bersalin ditawarkan melalui 3 Klinik Kesihatan di negeri Johor iaitu di KK Masai (Johor Bahru), KK Kayu Ara Pasong (Pontian) dan KK Parit Sulong (Batu Pahat). Mana-mana ibu selepas bersalin yang layak dan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan boleh berhubung dengan KK tersebut untuk maklumat lanjut.
Gambarajah ini menunjukkan cara-cara untuk mendapatkan perkhidmatan tradisional ibu selepas bersalin.