SAMBUTAN WELLNESS MONTH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023

Pada 29 September 2023 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Johor 2023 bertempat di Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor. Turut hadir bersama, YBrs. Dr.Hj. Mohtar Bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan barisan Pengurusan Tertinggi JKN Johor dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan berlangsung sepanjang majlis berlangsung. Antara aktivitinya adalah Pocket Talk, Laughter Theraphy, Aerofitton Challenge, Pertandingan Mewarna Hepili, memanah, siaran langsung bual bicara FB, Wellness Night Ride 10km dan pameran interaktif bersama agensi-agensi rakan strategik dan sebagainya.

Tahniah dan terima kasih kepada warga Hospital Sultanah Aminah, Wellness Hub Sultanah Aminah, BookDoc, WOW, MyChampion, Wellness Influencer dan rakan strategik (Tourism Johor, Polis Diraja Malaysia, PERKESO, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan LPPKN) kerana telah menjayakan Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Johor 2023. 

Scroll to Top