SIMPOSIUM MYCHAMPION PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023
YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor merasmikan Simposium MyCHAMPION Peringkat Negeri Johor pada 17 September 2023. Teks Ucapan telah dibacakan oleh YB Tuan Ir.Ts. Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastruktur Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Pasir selaku Wakil Rasmi. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut@Hj.Ahmad, Pegawai Daerah Muar Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar Tuan Haji Abd Razak Bin Senan dan Pengerusi MyCHAMPION Negeri Johor En Zahrin Bin Saniman.
Simposium yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Muar ini telah mendapat sokongan padu dari agensi rakan strategik Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar. Simposium ini merupakan simposium MyCHAMPION yang pertama di negeri Johor dan juga di Malaysia dengan kehadiran 250 orang ahli MyCHAMPION dari seluruh negeri Johor.
Beberapa aktiviti interaktif telah dilaksanakan iaitu Sesi Pocket Talk bertajuk ‘Infodemik: Kepentingan Kredibiliti Sumber’ yang disampaikan oleh Dr Mohd Razif Zakaria dari Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Pembentangan Best Practice Projek COMBI, KOSPEN, Ikon Gigi dan DKUA serta Pameran MyCHAMPION daerah Muar. Manakala Anugerah Khas MyCHAMPION diberikan kepada semua Pengerusi MyCHAMPION Daerah. Turut diadakan Pertandingan Open Mic, Pertandingan Poster Infografik dan Pertandingan Video Tiktok yang disertai oleh ahli-ahli MyCHAMPION.
