PORTAL RASMI

HOSPITAL KOTA TINGGI

HOSPITAL KLUSTER JOHOR TIMUR

PORTAL RASMI HOSPITAL KOTA TINGGI

 

 

DR. AZRI ARIFF BIN ABDUL ZAWAWI

PENGARAH HOSPITAL KOTA TINGGI

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Hospital Kota Tinggi, Johor.
Portal Rasmi Hospital Kota Tinggi ini merupakan satu usaha mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan khususnya dari segi penyebaran maklumat-maklumat seperti profil, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kota Tinggi. Portal ini juga bertujuan untuk memudahkan komunikasi di antara pelanggan dan Hospital Kota Tinggi.

Saya amat mengalu-alukan pandangan dan komen anda bagi membantu kami dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada semua pelanggan.

Harapan saya semoga segala informasi dan maklumat yang ada di dalam portal ini dapat membantu memberi manfaat kepada semua. Selamat melayari Portal Rasmi Hospital Kota Tinggi.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA    

  KERJA KITA”