
UNIT PENTADBIRAN, & SUMBER MANUSIA / KHIDMAT PELANGGAN / KEWANGAN & HASIL / SISTEM MAKLUMAT (ICT)/ ASET & PEMBANGUNAN
HOSPITAL KOTA TINGGI
LOKASI
- Unit Pentadbiran & Sumber Manusia/ Kewangan dan Hasil/ Sistem Maklumat terletak dibawah satu pejabat iaitu di Bahagian Pentadbiran, di dalam bangunan Poliklinik berhampiran dengan Unit Kecemasan dan Farmasi. Manakala Unit Khidmat Pelanggan dan Aset masing-masing terletak di bawah bangunan empat (4) tingkat dan Klinik Dada/ Unit Kualiti.
OBJEKTIF
PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
- Menyediakan perkhidmatan dan sumber manusia yang cekap serta berkesan bagi menyokong program rawatan pesakit hospital.
KEWANGAN & HASIL
- Menjalankan, menyediakan dan mengawal pengurusan kewangan dengan betul, teratur dan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Perbendaharaan.
- Memastikan kutipan hasil dijalankan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
KHIDMAT PELANGGAN
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti melalui perkhidmatan telefon dengan peralatan terkini mengikut tatacara yang telah digariskan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA)
SISTEM MAKLUMAT (ICT)
- Merancang, menyelenggara dan memastikan rangkaian 1GOVNET hospital berjalan dengan lancar.
- Memantau, menyelaras dan memastikan Sistem berasakan web seperti HRMIS, eSPKB, ePerolehan, GPIS, GPKI, TPC, ePRS, SMRP, CDS, eHasil, eTerimaan dan sebagainya berjalan dengan baik dan lancar.
- Membangun dan mengemasikini laman web hospital.
- Menyelenggara dan memastikan penggunaan peralatan ICT seperti komputer,printer,scanner, projector, komputer riba, switch network dan sebagainya dalam keadaan baik dan berjalan lancar.
- Memberi pengetahuan dan mengajar tentang penggunaan peralatan ICT,penggunaan perisian serta penggunaan Sistem-sistem berasaskan web kepada kakitangan yang menggunakannya.
ASET & PEMBANGUNAN
- Memastikan pengurusan dan penyenggaraan semua aset jabatan diselenggara dengan baik dan sempurna.
- Memastikan hal-hal pengurusan tanah dan pembangunan dilaksanakan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.
ORGANISASI
- (Pentadbiran dan sumber manusia) dan (Kewangan dan Hasil) yang mana akan bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital dan turut dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknolongi Maklumat bagi membantu di dalam urusan ICT dan sistem.
- Unit Aset dan Pembangunan merupakan unit di bawah Pejabat Pentadbiran. Unit ini bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital bagi urusan aset dan pembangunan.
- Waktu operasi adalah seperti berikut:
Ahad – Rabu
(8.00 am hingga 5.00 pm)
Khamis
(8.00 am hingga 3.30 pm)
*Di luar waktu pejabat, kutipan hasil akan dijalankan melalui Bilik Daftar Masuk.