PORTAL RASMI HOSPITAL KOTA TINGGI


Unit Radiologi

Hospital Kota Tinggi

       

       Pengenalan

  • Semenjak tahun 2018, Hospital Kota Tinggi merupakan sebuah Hospital Kluster Johor Timur dimana Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang menjadi ”Lead Hospital”.  Unit Radiologi Hospital Kota Tinggi terletak bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Trauma, berhadapan Klinik Ulangan Lawatan Pakar dan sebahagian bilik pemeriksaan Unit Pesakit Luar.
 

       Visi

  • Unit Radilogi adalah komited untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan proaktif, tepat dan berkesan.
 

       Misi

  • Memastikan Unit Radiologi memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan dengan tepat, cepat dan berkesan.
 

       Objektif

  • Unit ini bersedia memberikan perkhidmatan x-ray yang berkualiti kepada pelanggan sama ada di dalam waktu pejabat dan pada hari kelepasan am dengan mesra, cekap, cepat dan tepat tanpa meminggirkan kualiti radiograf dan dari aspek perlindungan radiasi.