Sistem perkhidmatan di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi (HKT) berfungsi mengikut polisi operasi yang ditetapkan untuk menjamin kualiti dan prestasi yang tinggi. Ia membolehkan perawatan kecemasan dan bukan kecemasan dijalankan dengan penuh prihatin dan tepat mengikut prioriti serta keperluan pesakit.
Terletak di bahagian hadapan bangunan pentadbiran yang menghadap jalan Tun Habab ke Bandar Kota Tinggi. Pintu masuk utama mudah dikunjungi dengan laluan trafik sehala.
Di bahagian dalaman Unit Kecemasan berkongsi satu bangunan dengan Unit Pesait Luar, Unit Farmasi Pesait Luar, Unit Pengimejan Diagnostik dan Unit Pentadbiran Hospital.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma yang mudah diperolehi oleh pesakit serta cekap dan berkesan.