Klinik Bas Bergerak

Klinik Bas Bergerak akan memberi kemudahan rawatan percuma kepada penduduk di pedalaman yang belum mendapat kemudahan sepenuhnya klinik-klinik bergerak yang dikendalikan Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Konsep berkenaan diperkenalkan bagi memastikan 25 peratus lagi kawasan pedalaman seluruh negara yang berada di luar lingkungan 25 kilometer dari pusat perubatan dan kesihatan terdekat menikmati kemudahan kesihatan.

Konsep klinik bas bergerak sudah disediakan Kementerian Kesihatan sebelum ini dengan 171 buah klinik udara, air dan darat iaitu 60 buah di Semenjanjung, 13 di Sabah dan 98 di Sarawak; yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1,600 buah kampung pedalaman seluruh negara.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Bas Bergerak:

  1. Rawatan penyakit tidak berjangit (NCD)
    • Diabetes/ Hipertensi/ Kardiovaskular
  2. Rawatan kesihatan keluarga
  3. Rawatan pesakit luar
  4. Farmasi
  5. Perkhidmatan pengambilan darah